Beliau berkata peningkatan PUI itu susulan pengesanan kes aktif besar-besaran yang dijalankan di beberapa kawasan sejak beberapa hari lepas.
“Peningkatan PUI disumbangkan oleh Kluster Victoria Merdeka yang membabitkan beberapa buah kedai di Kompleks Ujana Kewangan serta ahli keluarga yang besar,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Ismuni berkata pusat kuarantin berisiko rendah di asrama Bahagian Teknologi Pendidikan Tinggi yang berkapasiti 92 katil, kini menempatkan 79 pesakit termasuk lapan kanak-kanak, sementara Dewan Serba guna Perbadanan Labuan sudah mencapai kapasiti 150 katil.
Pusat kuarantin berisiko tinggi di Hospital Nukleus Labuan yang berkapasiti 120 katil kini menempatkan 83 orang merangkumi kes positif dan PUI, katanya.
“Kami menjangkakan Labuan mencatatkan trend peningkatan kes positif minggu ini,” katanya.
Labuan merekodkan peningkatan mendadak kes baharu dengan 171 kes dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 2,882 kes dengan 14 kematian, selain mempunyai tiga kluster aktif.
— BERNAMA