Berkongsi perkara berkenaan melalui akaun Facebook, Istana Negara turut memuat naik gambar kek cawan berkenaan yang dikurniakan dan disajikan Seri Paduka Baginda dalam tiga jenis.
Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda amat prihatin dan menghargai khidmat bakti dan komitmen serta pengorbanan yang dicurahkan petugas barisan hadapan tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi penularan wabak COVID-19.
“Lindungi Diri, Lindungi Semua,” catat Istana Negara.
Catatan berkenaan mendapat lebih dari 1,000 tanda suka hanya selepas 40 minit dimuat naik.
— BERNAMA