Siakap Keli
Gambar: Bernama

‘Dine-in’ Dalam Kenderaan Tidak Dibenarkan, Tiada SOP Mengenainya Dibuat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, menegaskan bahawa ‘dine-in’ dalam kenderaan tidak dibenarkan.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Bernama, beliau menyatakan bahawa SOP berkenaan ‘dine-in’ dalam kereta itu tidak pernah dibuat.

Dalam kenyataan yang sama, beliau juga turut memaklumkan bahawa had masa 2 jam di dalam premis peruncitan akan dipantau melalui aplikasi MySejahtera sejurus sahaja pelanggan memasuki ke dalam premis.

Selain daripada itu juga, beliau turut menyatakan bahawa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Keamatan 2021 akan berkuat kuasa dari 27 Mei ini sehingga 2 Jun 2021.

📌 Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan 2021 berkuat kuasa 27 Mei hingga 2 Jun 📌 'Dine-in' dalam…

Posted by BERNAMA on Sunday, May 23, 2021

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.