Bila disebut sahaja tembikai, pasti dah terbayang keenakkannya isinya yang merah. Minum pula air tembikai sejuk pada cuaca panas, memang nikmat! Tetapi setelah dimakan, kulit tembikai jangan pula dibuang, sebab boleh dijadikan hidangan sayur yang lazat.
Seperti perkongsian oleh Puan Emma Mikhail di Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL yang berkongsi resipi hidangan kulit tembikai tumis udang yang membuka selera ramai.
Siap. Ni bukan cerita masak apa tak jadi ye. Ni kulit tembikai tumis udang.. Sebagai sayur kita malam ni. Jangan cakap kita aneh-aneh.
Lagi sedap dari labu kundur rasa dia.. Manis-manis gitu.. ada ke yang makan sayur kulit tembikai juga?
Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang merah
Cili api (ikut kepedasan korang)
Ikan bilis (tumbuk sampai agak hancur, tak la lumat sangat ye)
Cara-cara:
1) Panaskan minyak.. then tumis macam biasa.
2) Dah nampak garing tumisan/naik bau, masukkan kulit tembikai tu, masukkan air setengah cawan.
3) Kemudian, dah mendidih masukkan udang pulak.
4) Masak sampai kulit tembikai rasa lembut kenyal, baru letak garam/aji. Tutup api, siap.
Meninjau tinjauan ke ruangan komen, ternyata ramai yang mengakui kesedapan kulit tembikai apabila dimasak.
Rata-ratanya turut berkongsi pelbagai resipi kulit tembikai yang bukan sahaja boleh dijadikan sayur tumis malah dijadikan kerabu dan acar.
Kulit tembikai boleh buat kerabu, acar, tumis air memang sedap!
Mak pernah buat, memang sedap sangat kulit tembikai dibuat sayur
Buat sayur air letak black pepper pun sedap
Sumber: Puan Emma Mikhail via Group FB MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL