Siakap Keli

“Ni Betul Tanah Kubur?” Jumpa Bungkusan Putih Dalam Dompet, Gadis Dakwa Diri ‘Dikawal’, Tiba-tiba Jadi Taat Pada Kekasih

Mengesyaki dirinya telah diguna-guna, seorang wanita mendakwa telah menemui sebungkus tanah di dalam salah satu ruangan dompetnya, lapor Hits.suara.com.

Menurut portal itu, tanah di dalam bungkusan berkenaan dipercayai diambil dari kubur yang dibalut di dalam cebisan kain kafan.

Musykil dengan kandungan bungkusan tersebut, wanita berkenaan telah bertanya di media sosial bagi mendapatkan jawapan.

“Nak tanya, itu betul tanah kubur dan kain kafan atau bukan? Kalau betul, maksudnya sengaja dia masukkan ke dompet aku,” soalnya seperti ditulis Hits.suara.com.

Dalam video dikongsikannya di media sosial, wanita itu mendakwa berasa aneh selepas bertemu dengan teman lelakinya, antaranya dia menjadi lebih patuh terhadap lelaki berkenaan.

“Selepas bertemu, aku macam ikut saja apa katanya. Dari minta dan pinjam duit, aku beri,” katanya.

“Macam ada yang aneh saja, dari awal aku yang tolak, tiba-tiba aku ikut saja cakap dia.”

Tambah Hits.suara.com, bungkusan berkenaan dipercayai telah diletakkan dalam salah satu ruangan dompet yang jarang dibuka.

Pertanyaan wanita itu di ruangan media sosial telah meraih perhatian ramai. Beberapa warganet memberikan komen agar wanita itu banyakkan selawat dan membuang bungkusan tersebut.

Sumber: Hits.suara.com

Amira

Love yourself.