Siakap Keli
Gambar: Google/Suriati Ghani

“Tempat Tinggal Isteri Bayar Sendiri,” Peguam Dedah 1 Kes Realiti Di Mahkamah Syariah, Isteri Dapat Nafkah RM5 Sebulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Nafkah merupakan tanggungjawab seorang suami dan bapa kepada ahli keluarga. Menurut Irsyad Al-Fatwa yang diterbitkan Mufti Wilayah Persekutuan, nafkah wajib meliputi makanan, barangan dapur, pakaian, tempat tinggal dan alat kebersihan diri.

Malah, jika suami berkemampuan, nafkah wajib termasuk menyediakan pembantu bagi isteri jika kebiasaannya isteri mempunyai pembantu.

Baru-baru ini, seorang peguam syariah, Pn Suriati Ghani telah berkongsi kes di mana seorang wanita hanya mendapat nafkah RM5 sahaja sebulan di samping tidak disediakan keperluan asas yang lain.

Semoga para suami yang lain tahu betapa berkatnya memberi nafkah kepada isteri

Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki..

Realiti 1 kes di mahkamah syariah. Setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri. Itu sahaja. Barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..

Gambar: Suriati Ghani

Sumber: Suriati Ghani

Amira

Love yourself.