Siakap Keli
Sumber: Bernama

TERKINI: 6,509 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor Masih Lagi Catat Kes Baharu Lebih 2,000

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 6,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menurut perkongsian di akaun Facebook rasminya, negeri Selangor sekali lagi mencatatkan kes COVID-19 baharu yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,049 kes.

Sarawak pula dalah negeri kedua tertinggi dengan 530 kes baharu COVID-19 hari ini.

Johor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 468 kes.

Negeri-negeri lain pula mencatatkan ratusan kes COVID-19 baharu manakala hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja tidak mencecah ratusan kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right