Seekor penguin chinstrap telah melompat ke atas kapal tiup pelancong kutub di Laut Ross Antartika telah menarik perhatian warganet.
Berdasarkan rakaman video yang dimuat naik di Instagram, pemandu kapal itu mematikan enjin kapal untuk membolehkan penguin bayi itu masuk ke dalam kapal dan bersenang-lenang dengan penumpang yang lain.
Menurut sumber, ada penumpang yang cuba menyentuh penguin itu tetapi ia melarikan diri daripadanya.
Kini, video tersebut telah tular di platform media sosial. John Bozinov, seorang pemandu kutub menjelaskan kepada Daily Mail, “Sejujurnya, saya benar-benar terkejut. Saya telah menghabiskan beratus-ratus jam di kapal Zodiac di sekitar koloni penguin. Namun, ini pertama kali kejadian ini berlaku.”
Ketika kejadian, penguin itu menaiki kapal selama kira-kira 10 minit. Para pelancong menikmati kehadiran peneman ini di atas kapal, malah turut mengabadikannya dalam gambar.
Penerangan dalam video tersebut menunjukkan tekaan tentang mengapa burung itu melompat ke atas kapal. Kebarangkalian penguin itu sedang berusaha menghindari pemangsa di dalam air. Contohnya seperti Orca, si paus pembunuh atau anjing laut leopard.
Berdasarkan kenyataan pemandu berusia 30 tahun itu, Bozinov percaya bahawa penguin itu menjadi ramah kerana kesepian. Hal ini kerana tiada burung lain yang terlihat berada berdekatan.
Sumber: India Times