Siakap Keli
Gambar: @Abang Comot via Tik Tok

(Video)”Door Sensor Boleh Pecah..,” Jangan Bazir Wang Untuk ‘Repair’, Elak Tutup Pintu Kereta Dengan Cara Salah Dan Ini Kesan Buruknya

Pernah tak kita menghempas pintu kereta dengan kuat apabila keluar dari kereta? Atau mungkin anak-anak kita yang suka menutup pintu dengan kasar umpama melepaskan marah pada seseorang atau sesuatu?

Tahukah anda bahawa perbuatan tersebut akan memakan diri sendiri apabila pintu kereta menjadi rosak dek penangan ‘tangan’ kita yang menutup pintu dengan cara yang salah.

Nak tutup pintu kereta pun ada cara yang betul dan mudah. Berdasarkan perkongsian oleh @Abang Comot di ruangan Tik Tok, mekanik ini telah berkongsi beberapa kesan sekiranya kita tutup pintu kereta dengan cara yang salah. Sekiranya pintu kereta rosak, boleh merugikan duit kita untuk pergi ‘repair‘ di bengkel.

Antara kesan buruk jika tutup pintu kereta dengan kuat adalah seperti:

  1. Door lock actuator akan mudah rosak
  2. Door hinge akan haus dan sebabkan bunyi
  3. Door sensor boleh pecah atau rosak

Untuk lebih mudah faham, jom tonton video di bawah:

@abangcomot

Cara tutup pintu kereta dengan betul #abgcomot #tanyaabgcomot #sekupang

♬ DJ Merayu – DJ Rian.A

Sumber: @Abang Comot

Nurul Nabila