Siakap Keli
Gamabr sekadar hiasan: Jeffrey Silverthorne via time.com

COVID-19: Kanak-Kanak 3 Tahun Antara 60 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini

Malaysia mencatatkan kes kematian harian kedua tertinggi akibat jangkitan Covid-19 pada hari ini iaitu sebanyak 60 kes, berbanding 61 kes pada semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,369 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 kes di Selangor, 10 kes di Johor, masing-masing enam (6) kes di Sarawak dan Kedah, lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, masing-masing dua (2) kes di Negeri Sembilan dan Melaka serta masing-masing satu (1) kes di Pahang dan Terengganu.

Mendukacitakan, satu-satunya kanak-kanak perempuan berusia tiga (3) tahun turut maut dari keseluruhan kes kematian pada hari ini di mana melibatkan warga emas dengan majoriti usia 41 tahun ke atas.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari negeri Sabah dengan nombor kematian 2310, meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas dan mempunyai sejarah penyakit leukemia.

Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Sumber: kpkesihatan.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.