Siakap Keli
Gambar: Bernama

Dapatan Awal Punca Kemalangan LRT Disebabkan Kecuaian ‘Hostler’ Gerabak Yang Dipandu Salah Arah – Wee Ka Siong

Dapatan awal siasatan kemalangan LRT semalam mendapati terdapat kecuaian hostler gerabak yang dipandu salah arah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ujarnya, seramai sembilan orang termasuk pakar akan menyertai panel khas jawatankuasa siasatan kemalangan tersebut di mana laporan siasatan perlu dikemukakan dalam tempoh 14 hari kepada pihak kementerian.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan cedera apabila berlaku pertembungan antara dua gerabak LRT di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dengan KLCC.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.