Siakap Keli
Gambar via TikTok @irfan.khairi

Doktor Dan Jururawat Datang Rumah Ke Rumah, Irfan Khairi Kongsi 3 Cara Unik Dubai Tangani Covid-19

Negara digemparkan dengan kes harian Covid-19 yang mencanak naik semalam. Malaysia telah mencatatkan kes positif harian sebanyak 6,075 kes dan merupakan yang tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 telah menyerang seluruh dunia dan sampai ke Malaysia awal tahun lalu. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan kerajaan semenjak gelombang pertama pandemik.

Kerajaan Malaysia kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menetapkan beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

Setiap negara menggunakan pendekatan yang berbeza untuk melawan wabak ini. Begitu juga Dubai, negara Emiriah Arab Bersatu itu mempunyai cara mereka sendiri untuk menangani pandemik Covid-19 yang mungkin sangat berbeza dengan Malaysia.

Perkongsian dari pengguna TikTok @irfan.khairi atau pernah digelar ‘Jutawan Internet Malaysia’ ini menerangkan bagaimana pandemik Covid-19 ditangani di Dubai. Video tersebut telah mendapat 329 ribu tontonan dan 39.2 ribu sukaan setakat ini.

@irfan.khairi

Reply to @penjilat_hamster Apa pendapat anda….

♬ original sound – Irfan Khairi – Irfan Khairi

Sumber: TikTok @irfan.khairi 

Eyla Azri