Siakap Keli
Gambar via Twitter Bernama

Insiden LRT: 166 Cedera Ringan, 47 Parah – KPD Dang Wangi

Susulan insiden dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC kira-kira jam 9 malam tadi, dilaporkan 166 penumpang mengalami cedera ringan, manakala 47 parah.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kejadian dilaporkan jam 8.45 malam di dalam terowong melibatkan dua buah tren di mana salah satunya tanpa penumpang dan sedang dipandu uji. Polis mengesahkan terdapat 213 penumpang di dalam sebuah lagi tren semasa kejadian berlaku.

Penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain untuk mendapatkan rawatan. Kira-kira 10 ambulans dari pelbagai agensi keselamatan dan kesihatan dikejarkan untuk membawa mangsa cedera ke Hospital Kuala Lumpur.

Insiden tren bertembung ini disiasat di bawah Seksyen 201 Akta Pengangkutan Darat 2010.

Satu pasukan tugas khas akan ditubuhkan untuk siasatan lanjut. Insiden tren LRT bertembung ini merupakan kejadian pertama dalam 23 tahun sejarah beroperasi.

Sumber: Twitter Bernama

Eyla Azri