Siakap Keli
Gambar: Daily Star

Pengguna ‘Google Maps’ Dilapor Temui Imej Rangka Pesawat Dipercayai Tidak ‘Disentuh’ Sejak 1970-an

Seorang pengguna Google Maps telah menjumpai satu rangka pesawat yang tidak disentuh sejak tahun 1970-an, lapor Daily Star.

Gambar pesawat yang terhempas itu telah dimuat naik ke Reddit. Ianya didakwa ditemui di Big Diomede, sebuah pulau terpencil yang terletak di antara Alaska dan Rusia.

Setelah melakukan sedikit penyelidikan, seorang pengguna internet mencadangkan bahawa pesawat tersebut adalah sisa daripada pesawat yang bernama Lisunov Li-2 milik Pasukan Pengawal Sempadan Soviet yang terhempas pada 13 Jun 1970.

Gambar: Daily Star

Anggota kru pesawat tersebut dilaporkan tercedera dan warna badan pesawat yang kehijaun itu masih dapat dilihat hingga ke hari ini.

Pulau Big Diomede telah terbiar tanpa penduduk tetap sejak Perang Dunia Kedua.

Ianya dilaporkan milik Rusia sementara adiknya, Little Diomede, dimiliki oleh Amerika Syarikat di Selat Bering dan mempunyai sekitar 115 penduduk tetap.

Pulau tersebut sangat penting kerana ianya berada di kedua-dua sisi Garisan Tarikh Antarabangsa, yang bermaksud Big Diomede hampir sehari lebih awal daripada Little Diomede dari segi waktu.

Ini bukanlah kali pertama pengguna Google Maps menemui bukti berkenaan dengan kemalangan pesawat di dalam laman web ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna telah memuat naik gambar ‘pesawat hantu’ yang menakutkan di lokasi nahas pesawat maut di AS yang telah mengorbankan 273 orang.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right