Siakap Keli
Gambar: Ida Radzi

Raih 5.9k Perkongsian, Wanita Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Guna Perencah Ni, Terus Jadi ’Auto’ Sedap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je yang tak suka makan lauk Ayam Masak Kicap ni. Nak buat dia pun cukup senang.

Tapi pernah tak korang masak Ayam Masak Kicap ni tambah perencah sup? Kalau belum cuba, korang kena try sekarang.

Apa resipi dia dan macam mana nak buat dia? Seorang pengguna Facebbok bernama Ida Radzi ni ada berkongsikan tentang caranya membuat Ayam Masak Kicap ni dengan tambah sedikit perencah.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia.

~ Edit ~
Disebabkan ramai yang baru nak cuba, saya edit resepi untuk 3/4 ekor ayam. Ini cara saya yer.
*Bawang besar dihiris
*Bawang putih ditumbuk kasar
*Halia ditumbuk pecah je
*Serai sebatang dititik ( pilihan, letak lagi sedap )
*1/2 sudu kecil serbuk sup ( saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan )
~ Tumis semua bahan hingga naik bau, kemudian masuk kicap dan sedikit air ( saya guna kicap lemak manis )
~ Dah menggelegak, masuk ayam yang telah digoreng terlebih dahulu, garam tak perlu sebab masa goreng ayam dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya.

Simple aje resepi saya ni, tapi rasa insyaaAllah sedap.

Gambar: Ida Radzi

Sumber: Ida Radzi

Mana tau serbuk sup adabi viral sampai habis stok kat kedai boleh dapatkan disini

Aqmal Ezany

I write what is right