Siakap Keli

Tempahan Vaksin AstraZeneca 2.0 Untuk Mereka Berusia 60 Tahun Ke Bawah Akan Dibuka Esok, Jam 12 Tengah Hari

Tempahan vaksin AstraZeneca bagi individu berusia 60 tahun ke bawah akan dibuka bermula 26 Mei, esok.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), tempahan tersebut akan dibuka bermula jam 12 tengah hari.

“Untuk kemudahan AZ pusingan kedua di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri, Sarawak akan dibuka kepada orang ramai di bawah usia 60 tahun pada jam 12 tengah hari, Rabu, 26 Mei,” ujar Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan data di laman JKJAV, seramai 10,850,160 individu sudah mendaftar manakala 1,662,273 sudah divaksinasi setakat ini.

Permohonan boleh dibuat di laman rasmi JKJAV di sini.

Sumber: JKJAV

Amira

Love yourself.