Siakap Keli

Tempahan Vaksin AstraZeneca Dibuka Esok, Ini Cara Nak ‘Rebut’ Slot Sebaik Jam 12 Tengah Hari

Pusingan kedua pendaftaran tempahan vaksin Covid-19 AstraZaneca akan dibuka kepada orang ramai yang berusia 60 tahun ke bawah bermula jam 12 tengah hari esok, 26 Mei 2021.

Untuk kali ini, tempahan vaksin AstraZaneca hanya ditawarkan menerusi konsep ‘first-come, first-served’ atau siapa cepat dia dapat.  Jadi, korang perlu ‘berebut’ dengan orang lain. Bagaimanapun, vaksin ini mencukupi untuk rakyat Malaysia.

Bagi korang yang baru nak mendaftar tempahan vaksin ini, boleh ikuti langkah di bawah. Tetapi, sebelum buat tempahan ini antara syarat yang perlu dipenuhi.

Syarat Tempahan

  •  Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Telah berdaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
  • Menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak atau Selangor
  • Sila pastikan nombor kad pengenalan dan alamat di Mysejahtera adalah betul.

Sila pastikan korang mengetahui semua informasi berkenaan vaksin sebelum membuat tempahan.

Cara membuat pendaftaran dan tempahan

Untuk membuat tempahan vaksin ini, sila ikuti langkah-langkah berikut pada 26 mei 2021 nanti;

  1. Layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/astrazeneca/
  2. Klik ‘Tempah Sekarang’
  3. Baca terma dan syarat yang telah disediakan
  4. Masukkan dokumen pengenalan diri
  5. Is butiran kad pengenalan dan sahkan
  6. Masukkan tarikh lahir
  7. Masukkan no telefon dan sahkan
  8. Pilih negeri, PPV dan tarikh janji temu
  9. Klik pada butang ‘Hantar’
  10. Mesej pemberitahuan akan dipaparkan setelah penghantaran berjaya.

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut mengenai tempahan vaksin ini, korang boleh layari laman Twitter Vaksin Covid-19 Malaysia  atau layari laman web vaksincovid.gov.my.

Sumber: vaksincovid

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang