Siakap Keli

Tiga Resipi Biskut & Pai Versi ‘Last Minute’, Tak Perlu Ada Oven, Konfirm Sedap & Senang!

Walaupun Syawal kali ini kita menyambut raya dalam suasana berbeza, raya tetap raya! Bagi yang dah muak makan biskut raya yang sama je setiap tahun, apa kata isi masa terluang korang sewaktu PKP di bulan Syawal ini dengan buat sendiri biskut dan pai raya di rumah. Tak terlambat sebab raya kan sebulan. Nak buat bila-bila pun boleh!

Resipi biskut raya dan pai yang kami nak kongsikan buat korang ni gerenti menjadi punyalah! Paling best, tak payah guna oven atau mixer pun, cukup dengan bahan-bahan yang mudah dan ringkas, dah siap biskut dan pai paling sedap untuk dimakan bersama keluarga!

Mak-mak pun boleh meriahkan bulan Syawal ini bersama anak-anak dengan ajak mereka buat sekali biskut yang memang jadi kegemaran ramai ni! Tips, gunakan bahan-bahan yang kami senaraikan untuk mendapatkan hasil dan rasa yang tip-top dan premium. Jom checkout bahan yang diperlukan dan cara penyediannya seperti di bawah. Okay go!

1. Biskut Hershey’s Oat Coklat

Bahan-Bahan:

2 cawan gula

½ cawan mentega atau marjerin

½ cawan susu segar

½ cawan serbuk koko Hershey’s

2 ½ cawan oat segera

⅓ cawan mentega kacang

½ cawan kacang tanpa garam (dicincang)

2 sudu kecil esen vanila

Bahan untuk hiasan:

Hershey’s coklat cip separa manis

Cara penyediaan:

1. Campurkan gula, mentega, susu dan serbuk koko di dalam saucepan dan kacau di atas api sederhana sampai campuran larut.

2. Teruskan kacau sehingga campuran betul-betul mendidih. Apabila ia telah mendidih, biarkan selama lagi seminit dan tutup api.

3. Tambahkan oat, mentega kacang, kacang dicincang dan esen vanila. Kacau sampai sebati dan sempurna.

4. Senduk dengan sudu besar dan letakkan ke atas permukaan yang dah dialaskan dengan kertas pembakar. Boleh juga dimasukkan ke dalam paper cup, hiaskan dengan Hershey’s coklat cip separa manis untuk rasa yang lebih umph!

5. Sejukkan hingga betul-betul kering. 

Dah siap! Simpan di dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan! 

2. Biskut Hershey’s Bar

Bahan-Bahan:

1 cawan mentega (2 biji), dibahagi

2 ¼ serbuk biskut kering Graham

1 cawan gula

1 tin susu sejat (5 oz)

1 paket mini marshmallow (10 oz)

2 cawan Hershey’s coklat cip separa manis

1 cawan Hershey’s Milk Chocolate with Almonds (dicincang kasar)

1 cawan Hershey’s coklat cip separa manis atau Hershey’s coklat cip susu

Cara penyediaan:

1. Guna loyang bersaiz 13 x 9 x 2 inci. Lapikkan alumunium foil di bawah loyang.

2. Cairkan ¾ mentega (1 ½ biji) dan campurkan dengan serbuk biskut kering Graham.

3. Setelah itu ambil campuran serbuk, masukkan di bahagian bawah kuali dan tekan secara nipis dan merata.

4. Campurkan gula, susu sejat, baki 1/4 cawan mentega (1/2 biji) dan marshmallow dalam satu periuk besar.

5. Panaskan di atas api sederhana, kacau dengan kerap sehingga campuran mendidih. Biarkan mendidih selama lima minit dan teruskan mengacau. Tutup api.

6. Kemudian, masukkan 2 cawan Hershey’s coklat cip separa manis dan kacau sehingga coklat cip cair.

7. Apabila adunan sebati, segera tuangkan adunan ke atas keseluruhan kerak secara rata.

8. Taburkan permukaan atas dengan Hershey’s Milk Chocolate with Almonds yang dicincang kasar dan Hershey’s coklat cip susu. Tekan dengan perlahan agar taburan melekat di atas permukaan.

9. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya dua jam sehingga biskut Hershey’s bar mengeras dengan sempurna.

10. Keluarkan dan bar sedia untuk dipotong. Simpan lebihan di dalam peti sejuk semula.

Tips: Jika tambahkan kacang yang dicincang ke dalam adunan dan coklat cip ke atas bar akan mendapatkan hasil yang lebih crunchy dan lazat!

3. Chocolate Mousse Pie

Bahan-Bahan:

1 paket serbuk gelatin

2 sudu besar air sejuk

¼ cawan air mendidih

1 cawan gula

½ cawan serbuk koko Hershey’s

2 cawan whip cream sejuk

2 sudu kecil esen vanilla

1 ready cracker crumb crust Graham (9 atau 6 inci)

Bahan untuk hiasan:

1 cawan whip topping untuk hiasan

24 biji coklat susu Hershey’s Kisses

Cara penyediaan:

1. Taburkan serbuk gelatin ke atas air sejuk dalam mangkuk kecil dan biarkan selama 2 minit untuk melembutkan.

2. Tambahkan air mendidih dan teruskan mengacau sehingga serbuk gelatin larut sepenuhnya di dalam air sehingga campurannya jernih. Biarkan sejuk sedikit.

3. Campurkan gula dan serbuk koko Hershey’s dalam mangkuk besar, masukkan whip cream dan esen vanilla.

4. Pukul dengan kelajuan sederhana, kikis di bahagian bawah mangkuk supaya campuran sebati. Pukul sehingga adunan menjadi keras.

5. Kemudian, tuangkan dalam campuran gelatin dan pukul lagi hingga semua sebati.

6. Setelah itu, masukkan adunan ke dalam kerak Graham yang telah tersedia.

7. Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 3 jam.

8. Hiaskan dengan whip topping dan coklat susu Hershey’s Kisses. Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan!

Ada bermacam lagi resepi biskut, kek ataupun puding raya yang tak perlu gunakan oven, korang boleh tengok kat SINI.

Okay, bagi mendapatkan semua bahan dengan mudah, ini ada tawaran best untuk korang. Hershey’s sekarang tengah adakan promosi istimewa iaitu kotak promo Hershey’s Kitchens Raya yang menawarkan Serbuk Koko Hershey’s 226 gm dan Cip Coklat Separa Manis Hershey’s 340 gm di dalam satu pek beserta Sarung Tangan Silikon secara PERCUMA!

Memang rugi kalau korang tak dapatkan promosi istimewa dari Hershey’s ini selagi stok masih ada. Sangat berbaloi untuk dibeli kerana lebih jimat. Nak buat kuih-muih boleh, biskut boleh, kek boleh dan macam-macam lagi hanya dalam satu pek! Dapat pula sarung tangan oven yang berkualiti dan tahan panas, sempena raya je tau ada promosi best macam ni!

 Dah buat biskut raya di rumah, aduh sedih pula terkenangkan keluarga yang jauh. Walau raya tahun ni pun kita tak dapat balik kampung, jangan lupa budaya mengirim buah tangan boleh diteruskan dengan memberi kepada yang terdekat dan tersayang. Nikmat beraya akan tetap terasa.

Ha, apa kata kali ni korang hadiahkan Hershey’s Coklat Kisses buat keluarga atau rakan terdekat sempena manisnya Aidilfitri! Bukan apa, lebih senang jadikan Hershey’s sebagai gift sebab dah memang terkenal dengan rasa coklat yang sedap dan premium. Barulah penerima rasa special bila dapat tanda ingatan macam ni kan!

Korang boleh beli semua produk Hershey’s termasuk Hershey’s Kitchens Promo Pack dan Hershey’s Coklat Kisses  secara walk-in di mana-mana pasaraya atau lebih mudah beli sahaja di Shopee atau Lazada dalam GBA Official Store okay

Beli barangan Hershey’s sekurang-kurangnya RM15 dan gunakan kad promo ‘’GBABHSY20’’ di Shopee untuk dapatkan 20% diskaun! Hershey’s siap tawarkan diskaun lagi untuk korang ni, cepat grab sebab memang rambang mata tengok semua produk yang ditawarkan oleh Hershey’s!

 

Menang macam-macam hadiah dengan Peraduan Whatsapp dan Menang!

Eh tunggu dulu! Tak lengkap rasanya bila dah beli semua produk dari Hershey’s tapi tak ada kejutan best untuk korang. Khas untuk semua peminat Hershey’s , Hershey’s sekarang tengah adakan Peraduan Whatsapp dan Menang sepanjang tempoh Ramadan dan Raya ini.

Korang berpeluang untuk menang macam-macam hadiah menarik seperti iPhone 12, Apple Watch, Kitchenaid Mixer dan Hershey’s Hamper bernilai RM100 setiap satu apabila membeli rangkaian produk Confect & Kitchen dari Hershey’s seperti Bar, Nuggets, Kisses, Cocoa Powder, Baking Chips dan Syrup bernilai RM15 ke atas!

Amacam, banyakkan ganjaran Hershey’s bagi? Cara nak sertai peraduan ni pun senang. Hantar bukti pembelian korang melalui Whatsapp di nombor +6011-2365 1874 dan jawab soalan mudah yang diberikan. Okay done! Siapa tahu korang pemenang bertuah Hershey’s! So cepat sebab tempoh peraduan berlangsung sekarang sehingga 28 Mei ini sahaja!

Jom #HeartWarmingRayawithHersheys!

Apa tunggu lagi, jom raikan Aidilifitri ini dengan membeli produk Hershey’s sekarang juga. Layari laman web GBA Store di Shopee atau Lazada untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua produk yang ditawarkan.

Hershey’s mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri kepada semua. Jangan lupa, tahun ini kita #HeartWarmingRayawithHersheys!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.