Siakap Keli

(Video) “Anak Menangis, Siap Tunjuk-Tunjuk..,” Mak Guna Apps Ni, Dapat Kesan ‘Sesuatu’ Yang Aneh

Acap kali, kita percaya bahawa anak kecil boleh melihat apa yang orang dewasa tidak dapat melihat khususnya makhluk halus. Bukan itu sahaja, ada juga yang sering berkongsi pengalaman anak kecil mereka bercakap, menangis dan bermain seorang diri seakan-akan bersama ‘rakan’ mereka.

Perkara yang sama juga dikongsikan oleh seorang ibu menerusi laman Tiktoknya apabila anak kecil menangis sambil menunjukkan di satu ruang rumahnya dan mengatakan dia takut.

Secara tidak langsung, si ibu menggunakan satu aplikasi di telefon pintarnya dan mendapati ada ‘sesuatu’ yang muncul seakan-akan ada orang sedang berdiri. Rakaman video ini telah membuatkan ramai yang meremang bulu roma.

@sabyanx

#stitch with @Mama 3F aku pon cuba la try tp serius lah😨 aq rasa effect ni detect object yg mcm mnusia. Try positif 😌

♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

Bukan itu sahaja, ada juga yang komen dapat melihat ‘benda’ tu semasa menonton video ini.

“Ada ‘benda’ disebalik daun juntai tu”

“saya rasa ‘benda’ tu ada”

“budak boleh nampak…”

“anak saya 2 tahun tunjuk kat sayap tu…”

 

Sumber: Sabyanx

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang