Siakap Keli
ron 97 rm4.70

Harga RON95, RON97 Dan Diesel Kekal Pada Harga Semasa

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Harga runcit petrol  RON95 dan RON97  serta diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter,  bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga adalah berasaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada  RM2.05 seliter dan diesel  pada RM2.15 seliter, sekalipun harga pasaran APM bagi RON95 dan diesel meningkat melangkaui harga siling semasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang