Siakap Keli
Foto: Will Breaux via Boredpanda

Lelaki Bina Rumah Impian Guna 11 Kontena Gudang, Deko Dalamannya Macam Kondo Mewah

Apabila bicara tentang rumah idaman, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Ada yang sukakan rumah yang besar dan mewah, ada yang suka rumah kecil mahupun kediaman tradisional di kampung.

Samalah seperti citarasa lelaki yang dikenali sebagai Will Breaux ini yang membina rumah idamannya menggunakan 11 kontena gudang di mana rumah tersebut mempunyai keluasan 2,500 kaki persegi.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Mungkin bagi sesetengah orang akan berpandangan negatif apabila bercakap tentang rumah kontena. Belum lagi yang mengecam tak cantiklah, tak ‘standard’ lah. Macam-macam lagi.

Walaupun luarannya tampak biasa dan ‘buruk’ tetapi dekorasi dalamannya memukau ramai orang. Hanya menggunakan imaginasi untuk membina rumah impiannya, kediaman unik ini terletak di McGowen, Houtan, Amerika Syarikat tarik perhatian ramai.

Rumah ini mula dibina pada awal 2011 namun dek kerana susah untuk menjadi pereka dalaman rumhanya dan terpaksa bertangguh, lelaki ini mengambil keputusan untuk mendekorasikan sendiri hanya menggunakan lukisan 3D. Susunan kontena itu menjadikan ia sebagai kediaman mewah tiga tingkat lengkap dengan dek atas bumbung (rooftop).

Menerusi petikan daripada Boredpanda, lelaki ini berkata kontena sangat kuat, kalis api, tahan lama, tahan ribut taufan dan ada ciri-ciri yang unik.

 

Sumber: Boredpanda

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang