Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Berhad Ditamatkan Serta-Merta

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), dilaporkan ditamatkan berkuatkuasa serta-merta.

Perkara tersebut adalah di atas persetujuan Kementerian Kewangan menerusi satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada beliau.

Surat berkenaan turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih ke atas perkhidmatan dan sumbangan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.

Tajuddin dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Terdahulu, pada hari ini polis telah menjalankan siasatan terhadap beliau susulan kontroversi didakwa tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.