Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

“Sejuta Slot Tersedia Untuk Ditempah,” Tempahan Vaksin Astrazeneca Dibuka 12 Tengah Hari Ini, Jangan Abaikan Syarat-Syarat Ini

Tempahan janji temu vaksin Astrazeneca untuk 18 tahun dan ke atas akan dibuka pada hari ini tepat jam 12 tengah hari.

Seperti yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, terdapat sejuta slot tersedia untuk ditempah oleh orang ramai yang menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulalu Pinang, Sarawak dan Selangor.

Orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin ini diingatkan untuk bersedia pada waktu tersebut kerana tempahan ini adalah berdasarkan “first-come, first-served”.

Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya orang ramai mengetahui syarat tempahan yang perlu dipatuhi seperti di bawah:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Telah mendaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
  3. Menetap di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak atau Selangor.
  4. Sila pastikan nombor kad pengenalan dan alamat di MySejahtera adalah betul.
  5. Sila pastikan anda mengetahui semua informasi berkenaan vaksin sebelum membuat tempahan.

Bagi yang ingin membuat tempahan, anda boleh klik pada pautan ini www.vaksincovid.gov.my

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi perkongsian di Facebook, mereka yang dalam senarai menunggu pada sesi 2/5/2021 akan dimasukkan untuk sesi ini.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa