Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Masih Melebihi Angka 7k, Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari Ini 7,478

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 7,478 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menurut perkongsian di akaun Facebook rasminya, negeri Selangor sekali lagi mencatatkan kes COVID-19 baharu yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,455 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak 760 kes baharu diikuti Sarawak dengan 640 kes.

Johor muncul negeri keempat tertinggi dengan 587 kes dan diikuti Kelantan dengan 547 kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa