Siakap Keli
Sumber: Daily Mail

(Video) Menakjubkan, Rakaman Dua Ekor Lebah Kerjasama Angkat Penutup Botol Jadi Perhatian Ramai

Menakjubkan, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan rakaman dua ekor lebah berkerjasama untuk mengangkat penutup botol minuman Fanta.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, rakaman itu diambil di Sao Paulo, Brazil ketika dua ekor lebah itu ‘menanggalkan’ penutup botol itu. Tidak beberapa saat selepas itu, mereka berjaya dan penutup itupun jatuh ke bawah.

Rakaman tersebut telah menjadi perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada antaranya sangat kagum malah ada juga yang seakan tidak percaya dua ekor lebah boleh buat perkara sedemikian.

Menurut kajian ilmiah yang memberi penerangan mengenai kerjasama dalam kalangan lebah, pada tahun 2018, para penyelidik Universiti Havard memendahkan bagaimana sekumpulan lebah bersatu dan bergerak serentak ketika sarangnya bergegar.

Tambah mereka, lebah dapat merasakan arah rakan mereka bergerak dan mengikuti pergerakan sesama mereka.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa