Siakap Keli
Foto: khairulaming

“Wan Usia 95 Tahun Pun Ambil Vaksin..” Ramai Warga Emas Dah Ambil Vaksin, Buat KhairulAming Kagum

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membantu mengurangkan jangkitan wabak Covid-19, hampir separuh daripada rakyat Malaysia telah mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Pengambilan vaksin ini sangatlah penting untuk imunisasi tubuh kita melawan jangkitan virus berbahaya ini. Golongan paling berisiko iaitu warga emas turut tidak melepaskan peluang mendapatkan suntikan vaksin ini dengan hati yang terbuka.

Sebilangan daripadanya pula dilihat enggan mendapatkan suntikan vaksin akibat daripada mempercayai mesej berantai daripada sosial media yang menakut-nakutkan golongan ini sehinggakan mereka tidak berani untuk mengambil vaksin.

Susulan itu, selebriti media sosial, Khairulaming mengambil inisiatif dengan berkongsi beberapa gambar menunjukkan warga emas yang telah berjaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Kalau parents anda masih tak yakin nak ambil vaksin, please show them my ig stories.

I have reposted sebanyak mungkin gambar-gambar warga emas yang dah selamat ambil vaccine, termasuk yang berumur 90 lebih. Ada beratus lagi stories yang orang ramai dah tag tapi belum repost lagi.

“Mak ayah sebenarnya dia nak covid ni berakhir tapi maybe dia terpengaruh dengan geng antivax.”

Sebab tu, i compiled sebanyak mnngkin gambar makcik pakcik at their age untuk yakinkan lagi diorang. Please help me spread the message.

Sorry, sebab tak dapat repost semua gambar but please keep sharing on your own social media. If you can get one person to change their mind pun dah sangat-sangatlah awesome dah. This is a collective effort, kita semua kena all out buat sama-sama untuk spread awareness.

Sumber: Khairulaming

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang