NIGERIA- Sekumpulan pencuri lembu telah membunuh 21 pertenak tempatan yang menjaga ternakan mereka di Sokoto, kata jurucakap kerajaan pada 26 Mei.
Barrons.com melaporkan kawasan barat laut dan tengah negara Nigeria mengalami peningkatan serangan dari kumpulan penjenayah.
Penjenayah ini akan menyerang kampung, membunuh dan menculik penduduk. Tidak cukup dengan itu, mereka turut merampas serta membakar rumah dan mencuri ternakan lembu penduduk.
Disebabkan itu, pertubuhan pengawasan tempatan ditubuhkan bagi melindungi masyarakat di kampung Yartsakuwa di daerah Rabah, kata Muhammad Bello, jurucakap gabenor Negeri Sokoto.
“Pencuri bergaduh dengan beberapa anggota kumpulan pengawasan tempatan, menyebabkan 21 orang mati,” kata Bello.
“Gabenor Negeri, Aminu Waziri Tambuwal akan mengunjungi kampung itu pada 25 Mei dan berjanji untuk membentuk semula pasukan pengawasan tempatan abgi melindungi penduduk,” tambahnya.
Menurut penduduk tempatan, sekitar 50 orang pencuri bersenjata dengan menaiki motosikal menyerbu dan membunuh anggota kumpulan pengawasan tempatan yang bekerja di ladang di pingir kampung.
“Mereka (penduduk) hanya membawa senjata buatan sendiri dan bertempur dengan penyamun, mengakibatkan 20 pengawal terbunuh,” kata Maikudi Abbakar, penduduk Yartsakuwa.
Sumber: Barrons.com