Siakap Keli

Bekerja 3 Syif Tanpa Henti, 2 Tren LRT Terlibat Kemalangan Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Ditetapkan

Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kemalangan pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan.

Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja 3 shif tanpa henti.

Menurutnya, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi.

Beliau juga berkata bahawa pihak Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Tidak cuma itu, bekalan kuasa seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai terpaksa ditutup bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Penutupan bekalan kuasa itu juga melibatkan lima buah stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi.

“Sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang telah diumumkan.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Wee Ka Siong

Sofea

There's always another side to every story