Siakap Keli
Kredit: TikTok @rcalorenza

Berat Lepaskan Kakak Kesayangan, Adik Lelaki Ini Tular, Menangis di Hari Perkahwinan Kakak

Melepaskan orang tersayang bukanlah perkara yang mudah. Tambahan pula apabila orang itu sentiasa berada di depan mata, bila tiada kelak pasti akan terasa.

Selalu kita lihat ibu bapa mengalirkan air mata sebak bercampur bahagia di hari perkahwinan anak-anak. Tapi lain pula ceritanya dengan pengantin perempuan asal Indonesia ini.

Melalui video yang diunggah oleh pemilik akaun TikTok @rcalorenza, dapat dilihat seorang pemuda dipercayai adik lelaki pengantin perempuan menangis teresak-esak di hari perkahwinan kakaknya.

Video tersebut mendapat 5.1 juta tontonan dan 377.3 ribu sukaan setakat ini.

Warga net turut berasa terharu apabila lelaki tersebut memeluk kakaknya yang anggun berbusana pengantin sambil kedua-duanya menangis.

Lebih sebak lagi, adik lelaki pengantin perempuan itu kemudiannya menepi ke penjuru sambil mengesat air mata.

Menurut Tribunnews.com, pemuda yang dikenali sebagai Bintang ini sering menemani kakaknya Mike kemana-mana.

“Apabila si kakak memilih untuk melangsungkan perkahwinan, dia terasa berat melepaskan sekaligus bahagia,” kata Recha, saudara mereka yang memuatnaik video tersebut kepada Tribunnews.com.

@rcalorenza

😢

♬ original sound – vanialida2020 – vanialida2020

Sumber: Tribunnews.com

Eyla Azri