Bila sakit kepala, ubat yang paling dicari-cari oleh setiap orang pastinya ubat panadol atau paracetamol yang sememangnya dipercayai mujarab. Pun begitu, ia perlu diambil dalam dos yang telah disarankan kerana ia juga mempunyai kesan yang tersendiri.
Panadol juga menjadi ubat yang disarankan oleh doktor untuk diambil selepas menyuntik vaksin. Justeru, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu memakan ubat panadol tersebut? Menerusi perkongsian oleh Ahli Kimia, Mas Faiz Hakim di Twitter, beliau ada menjelaskan mengenai perkara tersebut.
Beliau juga menerangkan mengenai kandungan kimia yang terdapat di dalam enam jenis ubat panadol yang dibeli oleh setiap orang selama ini.
Menurutnya, setiap jenis panadol mempunyai kesannya yang tersendiri kepada tubuh badan seseorang. Jom ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Bila perlu makan panadol?
• Lepas vaksin. BUKAN sebelum•
Since ramai update makan panadol sebab sakit kepala, jadi saya nak cerita apa kandungan, kebaikan dan side effect dia.
Panadol, nama sebenar ialah Para-acetaminophenol.
Ada 6 jenis kebiasaan di Malaysia.
THREAD KIMIA pic.twitter.com/3WIAyG7PBl
— Mas Faiz (@masfaizhakim) May 26, 2021
1. Panadol Actifast
Paling famous, tapi berhati hati. Sebab ada kandungan ion garam Natrium (Na+) yang tinggi sebanyak 173mg per tablet. Ambik maksima 2 biji ja.
Na+ bagi mudah hadam dan diserap laju di usus kecil. Sebab tu fast.
Yang ada darah tinggi, elakkan.
2. Panadol Optizorb
Ni antara formulasi terbaru. Effect terapeutik dia laju jgk dalam 20 minit.
Panadol ni guna Calsium Carbonate (CaCO3) dan alginic acid utk ganti ion Na+ so that senang hadam.
Kandungan Na rendah, so lebih selamat. Tapi sedikit berasid so alas perut dulu.
3. Panadol Extra
Gabungan paracetamol dan 65mg caffeine. Sesuai utk migraine atau sakit yang kuat.
Caffeine ialah sejenis analgesic, untuk tahan sakit.
Yang byk minum kopi dan smoking, jgn ambik ni. Tahap maksima kafein sehari ialah 500 mg. Secawan kopi ada 80 – 100mg kafein.
4. Panadol Extend
Tahan lama 6 – 8 jam. Panadol biasa 3-4 jam.
Sebab apa dia tahan lama ? Sebab dia ada double layer complexation; adducts. Hadam slow and steady tapi effect tak power.
PCM + Salicylic acid —> PCM-adduct
PCM = Paracetamol
5. Panadol soluble
Formulasi khas untuk yang payah nak telan ubat sebab pahit. Campuran ion garam Na+ sangat tinggi, 450mg per tablet.
Makan sebijik cukup. Jangan lebih 2400mg ion Na+ sehari. Kita makan lauk pun ada garam lagi.
Yang ada history darah tinggi, elakkan.
6. Panadol Menstrual
Campuran PCM dan pamabrom, 8-bromo theophylline. (Molecule dibawah)
Effect receptor dia kuat sebab ada bromine atom. Ikut perskripsi doktor.
Yang ni khas untuk yang ada haid. Yang tadak, jangan gatal nak makan. Nanti kencing duduk pulak.
Panadol ialah nama komersial. Paracetamol ialah nama pendek. Para-acetaminophenol ialah nama IUPAC.
Benda yang sama. Ada banyak brand lain yang mengandungi Paracetamol.
Boleh semak dulu dekat belakang kotak sebelum beli.
Kenapa makan panadol (jika perlu) SELEPAS injection bukan sebelum?
Sebab panadol akan naikkan kandungan ion garam Na+ dalam badan dan naikkan tekanan darah.
Bila tekanan darah tinggi, boleh pening dan effect vaksin akan menerukkan lagi keadaan.
Lastly, just nak pesan, jangan bedal panadol lebih had maksima. Boleh semak kandungan milligram (mg) PCM dan Na+ setiap kotak kalau nak makan banyak pun.
Panadol ni ubat. Tapi kalau lebih, jadi dadah.
Itu ja. Hope this is useful. Pi habaq dkt kakak abang mak ayah.
Stay safe !
Sumber: Mas Faiz Hakim