Rumah adalah suatu tempat berteduh yang kita semua gunakan untuk berehat bersama dengan seisi keluarga.
Disebabkan itu, rumah perlulah sentiasa berada dalam keadaan kemas, cantik dan teratur.
Setiap daripada kita pastinya mahukan rumah kita tampak luas, cantik dan selesa untuk mendapatkan mood yang baik ketika sedang berehat. Berikutan daripada itu, kita perlulah mengeluarkan modal sedikit untuk transform rumah kita itu supaya dapat membina ruang yang lebih selesa buat seisi keluarga berehat.
Seperti seorang pengguna Facebook bernama Mira Nabila Wahiba ini, dia ada berkongsikan tentang transformasi rumahnya yang kalau sebelumnya tampak seperti biasa-biasa sahaja namun kini telah menjadi lebih cantik dan teratur.
Jangan pula tertipu dengan rupa luaran, namun disebalik ruang di dalamnya begitu indah dan sangat menakjubkan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut transformasi rumahnya, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
From nothing to something. Orang cakap “luar rumah macam setinggan, dalam macam kondo” pun boleh buat saya tersenyum simpul. Mau tak kembang kuncup hidung tu? Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki ya.
Ni lah rupa luar rumah saya. Rumah teres kos rendah tahun 80 an, 2 bilik 1 bilik air. Ya, sekarang pun masih rupa macamtu. Biar la orang nak cakap tak cantik ke apa. Ada rezeki nanti, baru cantikkan luar, nak tambah 1 bilik and 1 bilik air di tingkat atas. Tak payah susah-susah nak turun naik tangga banyak kali. Sekarang ada 1 bilik air je kat bawah. Tengah malam kalau anak poopoo, alahai, bercinta nak turun cebok.
Lantai asal rumah simen je. Takpe, relaks. Pelan-pelan kayuh, buat ikut bajet semasa. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita.
Awal-awal duduk pakai tikar getah je. Sakit mata tengok gelembunggelembung tu. Tingkat atas takde bilik air. Jadi kami suka berkampung bergumpal depan tv kat bawah je. Bilik atas buat tempat simpan barang je.
Ada satu masa tu rumah diserang pepijat. Jadi tikar getah, tilam semua kami buang. Tukar dengan cat lantai je. Awal-awal cantik lah. Lama-lama catnya terkopek-kopek. Jadi macam kudis. Sakit mata tengok.
Tahun seterusnya tak serik lagi tu. Tukar cat kelabu pulak. Baby cot kami transform jadi daybed.
PKP 1 tahun lepas saya cuti niaga, suami cuti kerja. Daripada takde kerja nak buat, kami kerjakan rumah. Dari pasang vinyl, mengecat, susunatur semua kami buat berdua.
Daybed kami cat hitam
Tambah cermin untuk effect luas. Set sofa coklat ni beli dari kedai perabot biasa je kat batu pahat. Sofa hitam belakang tu hasil meroket dari mak mertua. Dia nak tukar sofa baru, kita ngecek la sofa lama dia. Jimat teruk.
Tahun ni tak banyak yang berubah. Saya tukar karpet tanah hitam. Karpet tanah putih yang sebelum tu susah jaga bila ada anak kecik sebab diorang rajin makan jajan kat hall. Cepat je comot.
Daybed kami alihkan. Gantikan dengan display rack. Masa tukang buat rack tu hantar & pasang rack kat rumah, saya terdengar budak-budak kerja dia cakap “luar rumah dia macamtu je, dalam rumah cantik macam kondo.” Kembang kempis hidung kita mendengarnya. Jangan la cakap kuat-kuat dik, kembang akak dengar.
Display rack ni saya custom. Tukangnya orang Batu Pahat. Dia ikut bajet kita. Kalau bajet kita tinggi, dia pakai kayu yang baik sikit. Saya punya jenis yang murah je.
Buku-buku tu toksah pecaya lah kita nak membacanya. Semuanya fake. Buku tu memang khas untuk deco. Bagi nampak have-have gitu. Typewriter, gramophone, radio klasik tu pun fake. Dengan pokok-pokok semua pun pelesu. Tak kose nak jaga yang hidup. Tangan panas.
Edited : Radio, gramophone, typewriter tu semua takde function. Nak tekan-tekan pun xboleh. Memang khas untuk deco. Radio saya beli di shopee. Gramophone & typewriter saya beli di supercowboy batu pahat. Calendar & HOME sign beli di PISB ayer itam, pokok pelesu & candles di IKEA, fake book di shopee. Type je fake book, keluar lah dia. Dengar macam kelakar, tapi memang ada.
Tilam dah pindah atas. Naik atas bila nak tido malam je. Selagi belum ada bilik air kat atas, tak rajin nak naik atas banyak kali. Lantai atas lantai kayu. Bilik depan belum ada katil. Sebab anak-anak tido lasak.
Bilik ni memang tak duduk pun. Tingkap pun togel je.
Kita cat putih je pastu tukar blind.
Belum ada katil. Masih tido kat tilam macamtu. Tido bawah ni pun, anak rajin tergolek ke lantai. Saya pun tak paham. Lantai tu belum ada kerajinan nak cantikkan. Varnish sikit dah ok dah ni, tapi tu lah. Belum rajin lagi. Nanti-nanti lah. Oh, tingkat atas memang lantai kayu. Kalau berlari kat atas, damdumdamdum bunyinya. Rasa macam duduk rumah kat kampung.
Semenggah lah sikit, tingkap dah pakaikan baju.
Dapur sebelum. Motor tu masa suami baru-baru beli. Takut nau nak letak luar. Berbulu je mata tengok dia park kat dapur.
Bilik atas xde bilik air, malas nak turun naik banyak kali, letak je baju kat bawah.
Dapur basic je. Cabinet pun belum ada. Yang penting motor dah tak park kat dapur. Sedap sikit mata memandang.
Belum ada toilet kat bilik atas, jadi kita letak je lemari kat dapur. Bersiap semua kat bawah. Nnti dah ada toilet kat atas baru kita pindahkan ke atas.
Doakan kami murah rezeki ye.
Sorry, baru tambah gambar. Ada yang tanya, tangga kat mana? Tu, kat situ tu ha. Kat hall jugak.
Ada yang nak tengok gambar full daybed yang dah di cat hitam. Nasib baik masih simpan gambar sebelum digantikan dengan display rack. Baby cot ni kukuh ye untuk orang dewasa duduk. Si bapaknya berat 90kg pun steady je. Bantal Mr & Mrs tu saya DIY lukis sendiri. Ok, tu je nak cakap.
Sumber: Mira Nabila Wahiba