THAILAND- Seorang menunggang motosikal di wilayah utara Thailand, Uthai Thani ditemui mati. Mangsa dilaporkan melanggar tiang elektrik dan mengalami kecederaan serius.
Menurut saksi, mereka melihat pelitup muka mangsa menutupi mata mangsa dan mereka percaya bahawa ia menghalang penglihatannya serta punca kemalangan itu.
Mew, berwarganegara Burma berusia 43 tahun dikatakan membeli motosikal itu hanya sejam sebelum kemalangan itu berlaku. Motosikal itu masih berbungkus plastik, menurut Thai Residents.
Seterusnya, dilaporkan kemalangan itu berlaku dibahagian jalan yang melengkung dan kesan tayar ditemui sepanjang 10 meter.
Menurut The Thaiger, saksi-saksi ditempat kejadian cuba “menyelamatkan mangsa” dan setiba pasukan penyelamat tempatan, mereka memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi tiada tindak balas. Mew dilaporkan mati ditempat kejadian.
Media Thailand melaporkan bahawa kawan dan rakan sekerja mangsa telah mencarinya kerana menghilang dari kilang tempatan lebih lama dari yang dijangkakan.
Sumber: The Thaiger