Siakap Keli
Kredit: TikTok @dr.karanr

Jarum Picagari ‘Hilang’ Lepas Disuntik, Doktor Ini Jelaskan Ke Mana Sebenarnya Jarum ‘Pergi’

Sehingga hari ini, negara-negara seluruh dunia sedang giat menjalankan program vaksinasi untuk melandaikan lekuk jangkitan COVID-19 dan mencapai komuniti kelompok termasuk Malaysia. Dalam upaya melawan wabak ini, banyak juga berita-berita palsu yang beredar dan membuat masyarakat ragu-ragu untuk divaksinasi.

Pernah tersebar beberapa video di media sosial yang menunjukkan jarum pada picagari ‘hilang’ selepas disuntik. Video-video tersebut pernah menggegerkan warga net apabila muncul pelbagai ‘teori konspirasi’ seputar perkara ini.

Bagi memperbetulkan keadaan, seorang doktor melalui akaun TikToknya @dr.karanr, tampil memberi penjelasan tentang alat suntik pengaman atau ‘safety syringe’ yang mungkin ramai daripada kita tak tahu.

Video ini mendapat 18.5 juta tontonan dan 2.1 juta sukaan setakat ini.

Ikuti penjelasan lanjut dalam video di bawah.

@dr.karanr

WTF! #learnontiktok #schoolwithdrkaran #factorcap

♬ Steven Universe – L.Dre

Sumber: TikTok @dr.karanr

Eyla Azri