Siakap Keli

Lelaki Hampir Maut, Gara-gara Berpuasa Selama 40 Hari 40 Malam Demi Lamborghini

ZIMBABWE- Seorang lelaki berdoa kepa Tuhan agar memberinya sebuah kereta sport Lamborghini. Dia turut berpuasa selama 40 hari berturut-turut dan malam menyebabkan dia hampir mati kerana tidak makan selama 33 hari.

Mark Muradzira merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura, Zimbabwe. Baru-baru ini dia memutuskan meminta pertolongan Tuhannya dengan meminta sebuah kereta sport Lamborghini.

Entah bagaimana, lelaki berusia 27 tahun itu yakin bahawa doanya akan termakbul jika dia berpuasa selama 40 hari dan 40 malam. Dia turut mengasingkan dirinya di kawasan pergunungan terpencil bagi mengelak dari godaan makanan.

Gambar sebelum dan selepas Mark berpuasa

Oddity Central melaporkan, lelaki berstatus penganggur itu memilih kaedah pelik itu kerana tidak mampu membeli Lamborghini berkenaan.

Namun, dia bertekad untuk berbuat demikian kerana ingin memenuhi permintaan kekasihnya dan puasa adalah satu-satunya cara yang dapat dia lakukan.

Walau bagaimanapun, perkara yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan. Dia menjadi lemah pada hari ke-33 puasanya dan berjaya diselamatkan oleh kawan gerejanya yang membawanya ke Hospital Umum Bindura.

Kisah Mark dilaporkan oleh media tempatan dan terdapat beberapa orang berhasrat membantunya.

Tetapi, harga sebuah kereta sport Lamborghini yang mahal membuatkan mereka membatalkan hasrat Mark, dan memutuskan hanya membayar bil perubatannya sahaja.

Sumber: Oddity Central

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.