Siakap Keli

Nota Pada Tempat Duduk Tandas Kantoikan Kecurangan Kekasih

Seorang lelaki mengetahui kecurangan teman wanitanya  dengan cara yang luar biasa tetapi genius.

Kebohongan wanita itu terbongkar apabila lelaki lain datang ke rumahnya dan bermalam dengannya. Namun, lelaki itu baru mengetahui wanita itu kekasih orang pada paginya.

Setelah itu, dia memutuskan untuk memberitahu teman lelaki wanita itu dengan meninggalkan nota yang menjelaskan apa yang telah berlaku.

Seterusnya, nota yang ditinggalkan dijumpai oleh teman lelaki itu dibawah tempat duduk tandas.

“Wanita ini hanya memberitahu bahwa dia mempunyai teman lelaki keesokan harinya.”

“Maaf terpaksa memberitahumu dengan cara begini, maaf bro,” tulis lelaki itu.

Nota itu dilekatkan dibawah tempat duduk tandas dan tidak disedari oleh wanita itu. Nota itu dikongsikan di media sosial dan menjadi viral di TikTok.

Sumber: honey.nine.com

Atiqah Aliah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.