Siakap Keli

Pengguna Aplikasi MySejahtera Dijangka Boleh Pilih Jenis Vaksin Tidak Lama Lagi – KJ

Dalam sidang media khas mengenai vaksinasi hari ini, YB Khairy Jamaludin mengemukakan rancangan untuk membolehkan rakyat Malaysia memilih jenis vaksin yang akan disuntik.

MySejahtera berkemungkinan digunakan sebagai platform untuk perlaksanaan pemilihan vaksin ini selepas beberapa masalah yang dihadapi pengguna laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 (JKJAV).

Tambah Khairy lagi, dengan menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai platform pemilihan vaksin, dalam masa yang sama ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Walaubagaimanapun, perlaksanaan ini masih dalam perancangan.

Berita lanjut menyusul.

 

Eyla Azri