Siakap Keli
brek karat
Gambar: Autodeal.com

Perlu Ke Risau Jika Rotor Brek Berkarat? Ini Yang Perlu Anda Buat

Selepas menjemurkan kereta di bawah hujan dan panas, sedikit sebanyak pastinya ia akan menjejaskan fizikal kenderaan antaranya menyebabkan karat pada bahagian yang dihasilkan daripada besi.

Salah satu komponen yang terdedah pada pengkaratan ialah cakera brek yang kebiasaannya diperbuat menggunakan besi tuang (cast iron).

Apabila besi teroksida, anda akan dapat melihat tompok-tompok karat mula memunculkan diri selepas beberapa lama cakera brek terdedah kepada kelembapan.

Soalnya, perlukah anda risau jika terdapat karat pada brek anda?

Menurut Autodeal.com, kewujudan sedikit karat adalah normal dan tidak menjejaskan prestasi brek anda, namun ia tetap perlu dibersihkan.

Tindakan menghidupkan enjin dan memandu kereta beberapa kilometer sudah cukup untuk menyingkirkan karat pada rotor brek anda.

Caranya, anda perlu memandu kereta selalu dan menggunakan brek bagi menyingkirkan karat pada permukaan rotor. Hal ini kerana karat di permukaan boleh menjadi lebih teruk dan ‘memakan’ besi rotor anda dengan lebih dalam jika dibiarkan.

Gambar: Autodeal.com

Jika karat terlalu teruk, anda mungkin perlu membawa kereta ke bengkel untuk mengikis permukaan rotor brek anda supaya licin semula. Sekiranya cara ini juga tidak mampu mengatasi kerosakan sedia ada, menukar set rotor yang baru adalah jawapannya.

Sumber: Autodeal.com, KnowHowNapaOnline.com

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.