Siakap Keli

“Saya Mohon Maaf,” KJ Minta Maaf Kesulitan Dapatkan Slot Vaksin AstraZeneca

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon maaf kepada semua berikutan kesulitan untuk mengakses sistem pusingan kedua tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca untuk rakyat negara ini berusia bawah 60 tahun yang dibuka, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah berjaya mendaftar dan cuba untuk mendapatkan slot tempahan vaksin.

”Saya memohon maaf sekali lagi atas kesulitan yag dialami semalam dan saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dan cuba mendaftar,” katanya.

Beliau turut mengumumkan berita baik kepada semua rakyat yang tidak berjaya mendaftar untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca iaitu dengan penghantaran vaksin dari jenama lain.

”Hari ini saya sukacita umumkan bagi mereka yang tidak berjaya daftar untuk vaskin AstraZeneca bahawa kita telah berjaya untuk mempercepatkan penghantaran vaksin-vakisn lain ke Malaysia untuk kita memeprcepatkan program imunisasi Covid-19 kebangsaan.

”Saya ingin mengumumkan pada 21 Mei yang lepas, Datuk Seri Adham Baba selaku Menteri Kesihatan Malaysia telah menandatangani perjanjian tambahan dengan syarikat Pfizer untuk penambahan sebanyak 12.8 juta dos.

”Ini akan menjadikan jumlah dos vaksin Pfizer yang telah ditempah oleh kerajaan meningkat ke 44.8 juta dos atau pun cukup untuk 70% jumlah populasi.

‘Dengan penambahan ini, sukacita saya umumkan bahawa Malaysia akan mendapat sebanyak 25 juta 682 ribu, 672 dos penghatran pada suku tahun ketiga daripada Pfizer,” katanya.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.