Siakap Keli

Sejuta Tontonan, Video Gadis ‘Selamba’ Makan Telur Ketam ‘Fresh’ Buat Ramai Rasa Nak Cuba

Ketam antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Jika pandai pilih, dapatlah ketam yang segar, banyak isi dan telur. Dimasak lemak cili padi, goreng cili, mahupun direbus bersama serai dan bawang pun sudah cukup membangkitkan selera!

Namun, lain pula caranya bagi seorang gadis dari Pulau Langkawi yang menikmati telur ketam secara segar terus dari laut. Lepas ditangkap, tak perlu susah direbus, tinggal ‘ngap’ sahaja ke dalam mulut.

Video yang dikongsikan oleh akaun TikTok izryaneerrr itu telah menarik perhatian ramai warganet dan meraih lebih dari sejuta tontonan. Terliur sebab memang nampak sedap betul!

@izryaneerrr

Maafla tudung kotoq sikit besa la baru tarik n labuh pukat ketam😉Sedap mkn teloq ketam fresh baru dpt tadi🦀

♬ bunyi asal – zryy – zryy

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet bertanya mengenai rasa telur ketam segar. Ramai yang tidak pernah mencubanya dan memberitahu mereka membuang sahaja telur ketam itu ketika ingin dimasak.

Tak kurang yang memuji ‘survival skill’ yang dimiliki gadis ini dan sanggup memberikan hantaran yang tinggi kerana menepati ciri-ciri wanita idaman!

Tak bau hanyir, rasa masin-masin

Memang sedap makan telur ketam mentah, terliur!

Tak tahu boleh makan, selama ni beli buang je

Macam ni hantaran 30k pun sanggup

Sumber: TikTok izryaneerrr

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.