Siakap Keli
Gambar: Mirror

Seram, Kelibat Misteri ‘Tumpang’ Bergambar Di Belakang Wanita Buat Ramai Meremang

Seorang wanita dikatakan ketakutan selepas menyedari terdapat kelibat dalam satu gambar yang ditangkapnya ketika di rumah rakannya, lapor Mirror.

Wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak lena tidur malam selepas insiden tersebut. Pada ketika gambar itu diambil, dia dan rakan-rakannya sedang berkumpul menikmati minuman pada bulan Oktober.

Tanpa disedari, terdapat satu kelibat yang muncul dalam gambar itu ketika mereka sedang bergambar.

Sebilangan rakannya percaya bahawa kelibat tersebut kelihatan seperti seorang wanita dengan rambut berwarna coklat yang panjang dan wanita tersebut menyatakan bahawa dia kini yakin bahawa blok flatnya itu berhantu setelah mendengar cerita bahawa terdapat seseorang yang telah meninggal dunia di bilik air flat di mana foto itu diambil.

Kesemua mereka dapat dilihat sedang mengangkat gelas dan tersenyum ketika bergambar, namun di belakang mereka terlihat satu sosok pucat, yang lengkap dengan mata, hidung serta mulut.

Wanita tersebut menyatakan bahawa dia dan rakan-rakannya telah memeriksa bilik tersebut selepas melihat foto itu, tetapi tidak menemui apa-apa yang boleh menyebabkan latar belakang gambar tersebut dikaitkan dengan bentuk kelibat tersebut.

Wanita berusia 30 tahun daripada Coventry itu berkata: “Foto ini telah membuatkan saya berasa takut.

“Kami macam, “oh apa itu?” – ianya agak aneh. Kami semua agak panik sambil melihat sekeliling bilik untuk mencari barang apa yang boleh mengaitkan kewujudan kelibat itu.”

“Kami tidak tahu apa itu – ada di antara kami yang percaya bahawa ianya adalah wanita berambut panjang. Tidak ada apa-apa lagi selain kami dan ianya hanya muncul dalam foto itu sahaja – sungguh pelik.

“Saya telah terfikir berkenaan sosok yang berada di flat saya ketika saya tidur – perkara itu sedikit sebanyak telah bermain di fikiran saya dan juga telah membuatkan saya tidak boleh tidur lena.

“Gambar tersebut telah membuatkan saya rasa bangunan ini berhantu – ianya telah mengubah pendapat saya mengenai flat yang kami tinggal ini.”

Sumber: Mirror

Aqmal Ezany

I write what is right