Siakap Keli

(Video) Berhati-hati & Penuh Kasih Sayang, Cubaan Lucu Harimau Jantan Cuba Kejutkan Harimau Betina Sedang Tidur Jadi Bualan Ramai

Dalam rumah tangga, seorang suami itu mempunyai kuasa sebagai ketua dan setiap arahannya pasti akan diikuti si isteri dan anak-anak. Macam kitalah yang bergelar suami ni, kita ada hak untuk mengeluarkan arahan dan membuat keputusan.

Namun di sebalik ketegasan seorang suami, kita pun ada sisi ‘kontranya’. Biasa kan dengar pepatah ‘beras kita beli’? Segarang-garang kita pun, sekatang-katang badan pun tapi kalau ‘mem besar’ dah minta pergi kedai belikan beras, kita kena beli.

Selain itu, ego suami kadang-kadang akan jatuh apabila si isteri mula ‘bertindak balas’ atau bahasa mudahnya, ‘dah tunjuk taring’. Biasalah adat berumah tangga mesti ada waktu ‘garangnya’ kan?

Sebenarnya kegarangan isteri yang tersembunyi ni bukanlah hanya semata-mata melibatkan manusia saja, tapi haiwan pun sama tau. Pernah tengok tak kucing jantan kena cakar dengan bininya sendiri?

Video kat bawah ni bukan nak cerita pasal kucing tapi harimau. Bayangkan, segarang mana pun harimau jantan ni, ia takkan boleh ‘tahu’ tanda-tanda bininya tengah ‘moody’. Tak pasal-pasal dia yang kena cakar balik. Jom tonton video ini.

@thecrazypartofnature

And she’s not happy about it. Who can relate? #tiger #lion #foryou #fyp

♬ Oh No – Kreepa

Video ini telah pun ditonton lebih satu juta kali setakat ini. Rata-rata netizen sangat terhibur dengan aksi harimau betina yang tiba-tiba garang mencakar pasangannya sendiri. Malah ada yang mengaitkannya dengan situasi sebenar rumah tangga.

Maka dengan itu pelbagai lagi perumpamaan dibuat netizen bagi menerangkan situasi pasangan harimau berkenaan.

Sumber: TikTok @thecrazypartofnature

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'