Siakap Keli

(Video) Comel, Begini Rupanya Cara Badak Air Berenang

Mana-mana hidupan liar pasti ada karenah semulajadi tersendiri yang tercipta sejak azali lagi. Kalau kucing mesti dengan bunyi ‘miawnya’, harimau bersifat ganas dan burung yang sentiasa terbang.

Umumnya ikan bergerak dalam air. Ada juga hidupan lain yang turut bergerak dalam air seperti katak, penyu, memerang dan badak air. Bercerita tentang badak air, semua tahu bahawa haiwan ini sangat ganas dan berbahaya.

Mulutnya yang besar tu boleh memuatkan setandan pisang yang masak ranum. Walaupun bersaiz besar, badak air juga mampu mengejar mangsanya sepantas kira-kira 48 kilometer sejam.

Tapi walaupun seganas-ganas badak air ni, pernah tak korang tengok macam mana spesies ni berenang dalam air? Kalau dah jenis ganas, kejar mangsa sampai boleh membunuh, mesti korang ingat cara berenangnya pun ganas kan?

Apa kata tonton dulu video kat bawah ni. Kita tengok sejauh mana ganas dia.

Sumber: Kucing Gemok Channel

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'