Siakap Keli
Gambar: @HaroonSidat

(Video) Dua Kali Nak Termuntah, Kucing Tak Boleh Tahan Bila Dihulur Udang

Satu video yang memaparkan seekor kucing yang ‘geli’ dengan seekor udang telah menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 7 saat itu memaparkan seekor kucing yang berwarna kelabu kelihatan seakan berasa loya apabila tuannya ingin memberikannya seekor udang.

Kucing tersebut dapat didengari seakan mahu muntah sebanyak dua kali sejurus selepas dia membau udang yang diberikan tuannya itu.

Reaksi menghiburkan yang ditunjukkan oleh kucing tersebut telah membuatkan video itu menjadi tular.

Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 700 ribu kali oleh pengguna media sosial Twitter.

Sumber: @HaroonSidat

Aqmal Ezany

I write what is right