Siakap Keli
Gambar: Kumparan.com

(Video) Lebih 2 Juta Tontonan, Panda Ni Macam Tak Kisah Tukar Anak Dengan Makanan

Panda biasanya dikenali sebagai haiwan yang comel dan telatahnya yang lucu itu sering membuatkan orang tidak kering gusi. Malah, lebih menghiburkan apabila dilihat anak panda yang gebu berada bersama ibu panda.

Seperti mana yang kita tahu, kasih sayang haiwan terhadap anaknya sama seperti manusia kerana itulah fitrah kasih sayang sebagai seorang emak terhadap anak.

Namun, apa yang berlaku dalam video yang dikongsikan di bawah adalah sebaliknya. Seekor ibu panda ini terus tidak mempedulikan bayinya setelah makanan ditawarkan kepadanya.

Menurut portal Kumparan.com, ibu panda tersebut sanggup membenarkan bayinya dibawa oleh pengasuh bayi setelah diberi makanan. Bayi tersebut ditarik keluar dari kandang sementara ibu panda asyik dengan makanannya.

Nampaknya, makanan lebih menjadi keutamaan pada panda ini, namun tingkah lakunya itu membuatkan warganet lebih terhibur.

Ikuti video yang dikongsikan daripada Twitter ini.

Sumber: Kumparan.com, Twitter

Nurul Nabila