Sejak kebelakangan ini, kecoh nama seorang penyanyi, Jay Park di Twitter dipercayai kerana bait-bait lirik yang dinyanyikan olehnya didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.
Perkara tersebut dipercayai melibatkan Remix bertajuk “Mukbang” (2020) yang dikatakan menggunakan nama Allah di dalam liriknya.
Susulan itu, artis berkenaan kini tampil mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas tindakannya tersebut.
“Dalam lagu remix “Mukbang”, saya menggunakan ayat “worship me like Allah” (sembah aku seperti Allah) yang mana menyebabkan ramai orang tersinggung.
“Pada mulanya saya tidak melihat apa masalahnya, namun selepas membaca komen yang menjelaskan kenapa ia sensitif, saya faham bahawa saya telah menggunakan perkataan yang mana ramai sanggup mati untuknya, di dalam lirik saya.
“Dan bukan hak saya menggunakan sesuatu yang amat bermakna bagi umat Islam dalam rap saya secara bebas.
“Saya memohon maaf kepada semua peminat bergama Islam. Saya tidak pernah berniat untuk tidak menghormati atau menyinggung dan saya akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” katanya.
🙏❤️ I humbly apologize. pic.twitter.com/uOUwxzqdN0
— JAY BUM PARK (@JAYBUMAOM) May 27, 2021
Sumber: Jay Park