GEORGIA- Sebuah keluarga menemui sarang ular yang tinggal di siling rumah mereka. Mereka menemuinya kerana siling tersebut runtuh kerana takungan air rumah bocor berbulan-bulan.
Lokasi kejadian di Lafayette Georgia menunjukkan bukan sahaja ular. Namun, siling turut dipenuhi dengan tikus dan lipas.
Pemilik rumah, Harry Pugliese berpindah bersama isterinya Susan dan anak tirinya berusia 13 tahun pada bulan Februari. Pugliese mendakwa telah memaklumkan kepada pemilik tanah John Stafford mengenai masalah itu.
Namun, Pugliese berkata Stafford “tidak mahu berbuat apa-apa” mengenai masalah itu.
Sementara Animal Control pula, memberi keizinan kepada tuan tanah bagi menurunkan atap dan mengeluarkan ular tersebut.
SNAKES ALIVE! A LaFayette man shared pictures with us of snakes in the ceiling of his rental home.@BlissZechman shares more: https://t.co/VwYnlZo6LR
— WTVC NewsChannel 9 (@newschannelnine) May 25, 2021
Bagaimanapun, Stafford menafikan dakwaan bahawa keluarga itu pernah memaklumkan kepadanya mengenai masalah itu, menurut WTVC.
Stafford turut menghantar seseorang bagi membaiki bumbung dua bulan lalu.
Tetapi, Pugliese mengatakan bahawa pekerja tersebut tidak menyiapkan tugasannya. Seterusnya, dia terpaksa mengupah orang lain bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.
Pugliese turut menegaskan tidak akan membayar sewa sehingga masalah tersebut selesai.
sumber: The Sun