Kad pengenalan atau pun IC adalah suatu bentuk dokumen peribadi penting yang perlu disimpan secara rapi.
Ini kerana, IC ini mempunyai maklumat peribadi yang mungkin boleh digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja jenayah.
Bukan sahaja itu, kad pengenalan yang telah di fotostat juga perlu dijaga atas faktor keselamatan serta disalahguna.
Justeru daripada itu, bagi mengelakkan dokumen peribadi anda ini disalah guna, Jabatan Pendaftaran Negara melalui akaun Facebook rasminya ada berkongsikan tentang tips untuk mengelakkan salinan kad pengenalan anda disalahguna.
Caranya ialah, buat palang dua garisan lurus pada dokumen tersebut dan tulis tujuan atau urusan apa pada dokumen berkenaan.
Tips palang salinan Kad Pengenalan#JabatanPendaftaranNegara#RakyatDiHatiJPN
Posted by Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia on Wednesday, May 26, 2021
Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara