Siakap Keli

Lelaki Jual Lagu Dan Filem Secara Haram Dihukum Mati, Ditembak Depan Keluarganya Di Korea Utara

Seorang lelaki Korea Utara dihukum  mati dihadapan 500 penduduk dan ahli keluarganya kerana menjual muzik dan filem secara haram di negara tersebut.

Bahkan, pihak berkuasa melabelkan lelaki tersebut sebagai ‘elemen anti-sosialis’ iaitu mempunyai niat untuk menghancurkan fahaman terhadap pemerintah.

Memetik daripada laporan Mirror UK, ketika hukuman mati dijalankan, ahli keluarga mangsa dikatakan dipaksa berdiri di barisan hadapan bersama-sama orang ramai.

Hukuman ini merupakan hukuman mati pertama dilaksanakan di wilayah Gongwon melibatkan Akta Anti-sosialis.

Sebelum ini, pesalah yang melakukan kesalahan seperti lelaki ini dihantar untuk menjadi buruh paksa atau ke kem pendidikan semula. Bagaimanapun, telah menjadi satu kesalahan jika doa menyangka dia akan menerima hukuman ringan.

Sebanyak 12 das tembakan dilepaskan ke arah lelaki berkenaan selepas pihak berkuasa membaca kesalahannya. Paling menyedihkan, mayatnya kemudian dimasukkan ke dalam karung jerami sebelum dibawa ke satu lokasi yang dirahsiakan.

Menurut saksi, isteri dan anaknya pengsan selepas menyaksikan suaminya ditembak. Bagaimanapun, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah membawa mereka ke kem penjenayah politik.

Selain itu, jiran-jiran lelaki terbabit turut menangis melihat isteri dan anaknya dihumban seperti sampah ke dalam trak tersebut.

Terdahulu, lelaki berkenaan mengaku bersalah menjual muzik dan filem dari Korea Selatan. Pihak berkuasa telah meburunya sejak 40 hari sebelum dikenakan hukuman mati.

 

Sumber: MirrorUK

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang