INDONESIA- Sebuah video dimuatnaik menunjukkan seekor lembu mengamuk di Pasar haiwan di Lamongan, Indonesia.
Lembu dilihat terlepas ke tengah Jalan Raya mengakibatkan kesesakkan dan kepanikan pengguna jalan raya.
Bukan itu sahaja, lembu tersebut juga menyondol pengguna jalan yang sedang melintas hingga mengalami luka-luka. Kejadian dilaporkan berlaku pada 25 Mei.
Suara.com melaporkan, ramai saksi yang memuatnaik video lembu mengamuk itu, salah satunya dari pemilik Instagram @infolamongan
Selain itu, pengguna jalan yang berada disitu juga takut untuk bergerak kerana lembu tersebut dilihat agresif. Dalam video itu juga menunjukkan lembu itu ‘melanggar’ sebuah lori muatan berat.
“Lembu yang terlepas dari dalam pasar itu lari ke Jalan Raya. Lembu yang mengamuk itu menyondol sebuah motosikal, mengakibatkan tiga penunggang mengalami luka dan trauma,” kata Aditya, saksi.
Dilaporkan, pemilik telah dikenalpasti dan pemiliknya dipertanggungjawabkan bagi urusan mangsa-mangsa yang lain.
Sumber: Suara.com