Siakap Keli

Miliki Berat 5.6 Kg, 2 Orang Diperlukan Untuk Menarik Bayi Ini Keluar Saat Dilahirkan

UNITED KINGDOM- Seorang wanita melahirkan bayi lelaki seberat 5.6 kg atau dua kali ganda dari berat bayi normal.

News.com melaporkan, Amy Smit, 27 tahun, terkejut saat melihat bayinya untuk kali pertama. Amy memang telah mengetahui bayinya akan sedikit besar tetapi tidak menjangkakan akan sebesar ini.

Pada 25 Mac, Smit telah melahirkan bayinya dengan pembedahan caesar dan sudah melihat bayinya ‘agak’ panjang saat masih dalam kandungannya ketika penampakkan bayinya hasil ultrasound yang dilakukan.

“Kami tahu dia bayi yang tinggi kerana sewaktu scan, bayi kami menunjukkan agak panjang. Saya dan Zac (pasangannya) memiliki tinggi sekitar 182 cm,” Smit.

“Namun, kami tidak menjangkakan dia akan sebesar itu,” tambahnya.

Selain itu, Zagrys atau nama panggilannya Zeik saat dilahirkan memerlukan dua orang bagi menariknya keluar.

“Ada banyak wanita yang lebih kecil dari saya disekitar saya. Saya mendengar salah seorang daripada mereka terpaksa meminta bantuan.”

“Bayi saya juga tidak menggunakan timbangan bayi kerana dia terlalu panjang dan lebar. Mereka terpaksa menggunakan papan bagi menyeimbangkannya,” tambah Smit.

Menurut Suara.com, pasangan itu telah membeli pakaian yang cukup besar iaitu pakaian berusia tiga bulan. Namun, Zeikh tidak muat untuk memakainya.

Walaupun bayinya besar, Smit mengakui tidak berselera makan.

“Saya tidak pernah mengidam makan apa pun. Saya juga tidak boleh makan daging atau apa pun.”

“Jika saya berselera makan, tidak dapat saya bayangkan betapa besarnya Zeikh,” tambahnya.

Sumber: Suara.com

Atiqah Aliah